Bismillahirrahmanirrahim
In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Seminggu sudah rasanya tidak mengupdate blog ini, jiwa terasa rindu padanya, terasa ingin mengupdate, tetapi tiada buah fikiran, malah jari jemari pula tidak teringin untuk mencurahkan bakti tambahan hati dan akal memujuk agar tidak mensiakan gerak geri jari, dan akhirnya RR redha.
Minggu depan dan seterusnya adalah hari-hari yang mungkin akan menjadi sibuk kerana RR fikir, tanpa kesibukan, RR akan terus alpa dan terus hanyut dalam dunia kegelapan. Dengan conference, dengan tesis, dengan program tabungan di SANA, dan berbanyak lagi la. Moga Allah merahmati penghijrahan RR kali ini dan seterusnya membimbing RR dalam tabungan muhasabah ini, InshaAllah…
InshaAllah conference IREEC 2011 adalah persidangan yang terakhir yang RR sertai untuk semester terakhir ini, dan harapnya dapat mengabadikan memori yang indah buat yang terakhir ini, amin…
Alhamdulillah, akhirnya hati RR terbuka untuk mengikuti aktiviti yang akhi RR anjurkan. Program anak angkat bersama orang asli di daerah Gua Musang selama seminggu bermula 4hb Julai nanti. Tiba-tiba rasa teringin mendekati mereka. Tiba-tiba rasa ingin mengenali kaum mereka. RR belum mengetahui lagi tentatif sepenuhnya, moga adik2 yang menganjurkan program ini akan dirahmati, InshaAllah…
Bagaimana pula perjalanan setelah habis belajar (master) kelak? Buat masa ini, RR masih belum terfikir, tetapi rasanya, akan teruskan perjalanan mencari ilmu hingga ke peringkat phD, inshaAllah… Istikharah masih belum di buat, kerana master masih belum lagi menampakkan jalan cahayanya… Moga Allah membimbing diri ini untuk terus menegakkan yang haq dan menghindari yang batil… InshaAllah
Penghijrahan? Biarlah berlaku secara peringkat demi peringkat kerana RR hidup dikalangan masyarakat dunia, terpaksa melakukan hijrah secara berperingkat agar tidak mengejutkan mereka-mereka disekeliling… Moga Allah membantu RR, susah senang menjalankan tanggungjawab seoranng daie… Amin…
5 comments:
Salam.. moga master akak selesai ngn jayanye.. nk smbung PhD plak..? You give me some spirit..! tq. Best akak g kt kg orang asli..he3
wsalam..syukran atas doa ukhti... inshaAllah, phD coming soon... nanti ikut ke pgramme tu? hihi, leh kite knal ngan lebih erat kelak....inshaAllah..
A'fuan.. Xleh gi la akak..kimah ada exam 4-8hb tu..ikut ati nak gi..hu3 klu tarikh asal insyaALLAH bleh.. bleh..he3 pnjang umur kte jmpa..insyaALLAH
owh...good luck tuk exam...amik short sem kan? xpe, da masa, diizinkanNya, leh jumpa lagi...
Tq.. ye..amik short sem..bgus jgk ada short sem..he3 ye..insyaALLAH.. :-)
Post a Comment