Jejak Pembaca

Wednesday, October 26, 2011

Semakin Sibuk, Semakin Melupainya...

Bismillahirrahmanirrahim
In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, 5hari RR berada dirumah dan 5hari jugalah RR cuba recall balik diri RR. Sejak bekerja, Solat Dhuha makin RR lupakan. MashaAllah... Berat sungguh dugaanMu Ya Allah... Dulu, time study, RR wajib tunaikan Solat Dhuha before ke lab, dan sejak Ramadhan dululah, RR mulai menjauhi Dhuha. Terikat dengan waktu kerja dan segan dikatakan ustazah, RR mula melupakan tentang khasiat Dhuha. MashaAllah, jahil sungguh RR. Pejam celik pejam celik, kita sudah menghampiri Zulhijjah, moga Allah memberi kesempatan kepada RR untuk merebut khasiat indahnya Zulhijjah pada tahun ini, inshaAllah.

Moga Allah terus membimbing diriku even sesibuk mana pun diriku... Dunia yang dikejar xkan kemana sekiranya akhirat dan bekalan ke sana terus dilupakan. Moga Allah terus mengetuk hati ini sekiranya jalan yang ku sedang lalui kini terpesong. Apa yang aku kejar, apa yang aku inginkan, apa yang aku dambakan, moga ianya bertitikkan keinsafan serta kezuhudan. Ya Allah YA Tuhanku, jangan biarkan hati ini sesat Ya Allah, jangan biarkan diri ini terlanjur terus Ya Allah... Bimbinglah jasadku, akalku, imanku ke arahMu Ya Allah. Kurniakan aku kejayaan seperti mana Engkau kurniakan kejayaan kepada bala tentera Rasulullah SAW. Jangan sisihkan aku dari pelukanMu Ya Allah. Moa aku ditetapkan iman...

Amin...

0 comments: